PROFESSIONAL . HUFFAZ

Wednesday, 13 April 2016

MEMBINA KELUARGA PROHUFFAZ

Assalamualaikum..salam perkenalan buat pembaca pembaca blog saya.


Saya ingin berkongsi sebuah buku yang saya baca dengan teman-teman agar perkongsian ini mampu memberikan panduan dan iktibar kepada kita.

Tajuk Buku : Membina keluarga Profazz ( professional .Huffaz ).
Penulis        : Siti Nadzrah Sheh Omar.
Penerbit      : Humaira Publication.
Pembelian online : https://bookcafe.com.my/


           Buku yang mempunyai ketebalan 224 muka surat ini adalah perkongsian pengalaman penulis Siti Nadzrah Sheh Omar mengenai  pengalaman beliau membesarkan lima orang anak lelaki mengikut acuan islam.Bagi saya ini satu perkongsian yang bijak bagi bakal ibu,ibu-ibu dan sesiapa sahaja untuk diambil pengajaran daripadanya.Lima orang ank lelaki beliau telah berjaya menjadi bukan sahaja sebagai seorang huffaz tetapi juga berjaya segai doktor,peguam dan pakar motivasi.Masya Allah....betapa menitis air mata saya tatkala membacanya.Ternyata janji Allah itu benar.Bila kita menjaga ayat-ayatNYa dan hak-hakNya,teryata Allah juga menjaga kita.
            Kelima-lima anaknya yang bertuah ini dimiliki oleh serang ibu bertuah yang sentiasa mendapat layanan yang sama rata.Sedari kecil mereka dipakaikan dengan pakaian yang sama warna ,permaianan yang sama layanan yang sama dan apa sahaja semuanya secara sama rata.tujuannya adalah supaya anak-anak ini merasakan mereka mendapat layanan dan perhatian yang sama adil dari kedua orang tua mereka.Masya Allah ini rupanya membentuk peribadi yang amat mempengaruhi kehidupan masa depan mereka.
           Kelebihan pada ibu hebat ini kerana dia membesarkan sendiri anak-anaknya kerana tidak bekerja.Terkilan rasa hati saya kerana saya ibu yang bekerja untuk sama-sama memantapkan ekonomi keluarga.Itu pada awalnya semasa saya membaca buku ini.Tersentap rasa hati,cemerlangkah aku sebagai seorang ibu????.Saya ada impian untuk anak-anak saya menjadi seorang huffaz.....saya fikir positif...ternyata dimana ada kemahuan pasti di situ akan ada jalan.Anak-anak saya masih kecil...dan saya akan berusaha untuk menjadikan anak-anak saya termasuk dalam keluarga ProHuffaza ini agar dapat sama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan Rasulullah SAW menegakkn Ad Din di muka ini.Insya Allah.Setelah buku ini dihabiskan saya faham apa maksud ProHuffaz yang ingin disampaiakn oleh Puan Siti Nadzrah.Ia bukan fokus untuk keluarganya tetapi fokusnya lebih luas daripada itu.Rakan-rakan pembaca yang inginkan kupasan yang hebat mengenai ini saya syorkan untuk memiliki buku ini melalui  https://bookcafe.com.my/
          Insya Allah saya akan updatekan perkongsian seterusnya pada masa akan datang.Semoga perkongsian ini mampu memberikan kita manfaat dunia dan akhirat.

http://bit.ly/1VmVzgX
http://bit.ly/1VmVzgX

No comments:

Post a Comment